Friday 8 November 2013

ARTIKAL 2

VIETNAM & CAMBODIA




Penerbangan dari KLIA ke Bandaraya HO CHIN MINH (dulu di kenalai sebagai SAIGON)  hanya kira-kira 2 jam. Kami di bawa oleh pemandu pelancong warga Vietnam bernama Hussin ke sebuah mesjid untuk makan tengah hari . Rombongan kami seramai 40 orang makan di situ. Makanan halal susah nak dapat di vietnam.


Setelah selesai urusan bagasi kami dibawa dengan bas ke sebuah masjid di mana keluarga Hussin tinggal dalam kawasan itu dan menyediakan makanan tengahari. 





makan nasi ayam ala vietnam




Selepas makan tengah hari kami naik bas terus ke Cambodia. Perjalanan ke sempadan Vietnam -Kemboja mengambil masa kira-kira 6 jam. Bila sampai ditempat cop passport kena bagi rasuah dekat pegawai imegresen upah cop passport ( RM 1.00) . Kalau tak bayar lambat chop!. Haprak punya pegawai. Baik di Thailand, Vietnam atau Cambodia semua pegawai imigresen makan rasuah!.





A = Bandaraya Ho Chi Minh
B = Sempadan Vietnam (Moc Bai) - Cambodia (Bavet)


Sepanjang perjalanan dari Ho Chi Minh ke Phnom Penh penulis perhatikan bentuk muka buminya sama seperti Malaysia. Jenis-jenis tumbuhan hampir 100% sama. Sawah padi , kebun getah dan ladang-ladang sayurannya sama.

Imigresen Vietnam di Moc Bai



Imigresen Cambodia di Bavet




A= sempadan vietnam - cambodia
B= Phnom Penh

Di Bavet tyerdapat sebuah kasino yang agak besar bernama Las Vagas Sun Hotel-Casino untuk menarik orang kaya Vietnam untuk berjudi di sana. 


Gelagat peminta sedekah di sebuah restoren semasa berhenti rehat di Cambodia

Sambung perjalanan ke Phnom Penh lagi 8 jam. Sebelum sampai ke Phnom Penh bas kami melintasi sungai mekong di Neak Loeang menggunakan feri. Oleh sebab malam maka tak nampak apa pun.  . Malam jam 10 baru sampai hotel.



Bernalam di Hotel New York. Yang bagusnya di hotel ini ada restoren Melayu namanya d'Wau Restaurant. Duduk dalam restoren ni macam duduk dalam restoran di Malaysia. Siaran TV di restoren ini ialah siaran TV Malaysia. 



Hussin warga vietnam (t-shirt putih) pernah belajar di Terengganu sekarang bekerja sebagai pemandu pelancong di Vietnam. Dia fasih berbahasa Melayu. Rakan Hussin Warga Vietnam (kiri sekali) boleh bercakap Melayu lambat-lambat . Katanya di belajar Melayu semasa kelas membaca al Quran. Di Vietnam  Al Quran diterjemah ke Bahasa Melayu  dahulu kemudian baru diterjemah ke Bahasa Vietnam. Dari situ dia belajar Melayu. Kanan sekali Anuar warga Cambodia sekarang belajar di Malaysia.Mereka bertiga dari etnik yang sama iaitu etnik Cham (Melayu Champa)


"Bersyukurlah orang Malaysia, Muslim di Vietnam amat tertekan. Kehidupan minoriti muslim di Vietnam sangat mencabar. Tak tahu muslim di sini boleh bertahan atau tidak, ramai anak muda yang dah hanyut. Ramai anak muda di sini sekarang berkawan dengan bukan muslim dan sudah pandai makan babi dan minum arak". Kata Hussin. 




Penulis perhatikan muslim di Bandaraya Ho Chi Minh kebanyakannya tinggal didalam kawasan mesjid dengan 4 atau 5 keluarga sahaja. Tiada perkampungan Muslim di sana. Kalau nak cari muslim cari di sekitar mesjid. 


Berbalik kita ke Cambodia. Setelah sarapan pagi di Restoren d'Wau rombongan kami terus ke KILLING FIELD.  Rencana khas tentangnya penulis titipkan di Rencana 1 di bawah


Central Market



Tempat paling popular di Phnom Phen ialah di Central Market. tempat ini sangat popular di dalam kalangan pelancong Malaysia. Kebanyakan peniaga di sini boleh bercakap Bahasa Melayu. Namun demikian penguasaan Bahasa Inggeris asas lebih banyak membantu. Ada peniaga cina dari Melaka membuka kedai menjual barang kemas . Katanya Dato Ali Rustam (bekas KM Melaka) pun pernah datang ke kedainya. Itu menunjukkan bahawa betapa ramainya rakyat Malaysia ke Cambodia.Mata wang Cambodia ialah Real. Benda pelik yang dijual di sini ialah lipas, labah-labah, belalang, Kala jengking, dan lain-lain serangga yang di goreng rangup!. Penulis cuba mangambil gambar penjual yang sedang mengoreng benda tu tetapi tidak di benarkan!. Mereka macam malu....



Di luar Central Market membeli pakaian dan barangan kulit


Gerai kain 



Penulis bersama salah seorang pemandu pelancong warga campuran Vietnam + Melayu Cham dihadapan Central Market


Di Cambodia banyak restoren Muslim. Kopi Radik keluaran Malaysia banyak terdapat di restoran-restoren di sana. Makanan ala-ala thai sama seperti di Malaysia. Tetapi tekak penulis memang tak boleh masuk. Tak sedap!. Sambalnya aduh....lagi tak sedap!. Tapi baik sikit daripada makanan Vietnam. Boleh juga lah telan. 

Hari jumaat kami bersenbahyang di sebuah masjid dipinggir bandar ramai Muslim Cham di sini. Semasa menunggu azan seorang jamaah menegur. "Dari Malaysia?". Kami meniyakan dan bersalam. "Saya dulu belajar di Perlis Malaysia, di MATRI". Katanya. Secara kebetulan kami pun rombongan dari Perlis. Lalu di khabarkannya bahawa dia mengajar agama di Mesjid itu, gajinya dibayar diatas ekhsan ibu bapa pelajar. Tiada peruntukan kewangan dari mana-mana pihak. Mesjid ini berkhutbah dalam Bahasa Khmer. Bahasa Khmer ialah bahasa rasmi .Walaupun para jemaahnya bertutur Bahasa Cham (Melayu Champa)   




 

Pada malam ke dua di Phnom Penh. Penulis pergi ke Night Market menaiki tut-tut. Pasar malam ini agak besar juga di mana ada pentas persembahan . Ada sedikit unik di sini iaitu di tengah-tengan gerai jualan makanan ada ruang lapang yang di bentangkan tikar . Pengunjung yang membeli makanan dan makan di atas tikar. Tiada meja. Peniagan di sini terutamanya yang menjual pakaian boleh bertutur Melayu. Rupa-rupanya ini lah juga peniaga yang berniaga di Central Market. Malam jual kat pasar malam, siang jual kat Central Market!.  

Satu gerai menjual CD cetak rompak telah penulis kunjungi tujuannya untuk membeli CD Killing Field seperti yang pernah penulis sebut dalam Artikal 1. Tiba-tiba penulis di tegur oleh penjual cd ."Malaysia?". Kata nya bila dia terdengar penulis dengan seorang rakan bercakap Melayu. Budak Cina penjual tu pun cerita lah yang dia berasal dari Pulau Pinang, menjual CD cetak rompak kat pasar malam sekitar Phnom Penh sejak 3 tahu lalu. Katanya busines CD kat Malaysia susah selalu kena serbu!. Jadi beralih angin ke Cambodia pulak. Besar sungguh link business cd rompak ni. Dia mengupah dua gadis Cambodia menjual cd kat situ. Tinggal anak bini kat Penang buka bisnes cd rompak di luar negara. Itu lah survival bangsa cina. Sanggup apa sahaja. Kita bagaimana?
    


Hamparan tikar menggantikan meja makan. 


Peniaga ini sempat belajar menyebut warna kain baju dalam Bahasa Melayu daripada  penulis



BALIK KE VIETNAM

Pagi esoknya selepas makan pagi di restoren d'wau kami bertolak balik ke Vietnam melalui jalan yang sama. Tiba di Neak Loeang menunggu feri kira-kira jam 10.pagi . 

Peniaga berjualan di terminal feri
Kenderaan menunggu feri menyeberangi sungai mekong. Kelihatan juga lori tangki Petronas 


Ini lah bentuk feri dan jeti yang menyeberangi Sungai Mekong

Penulis bersama seorang rakan di atas feri


Sampai di Ho Chi Ming City kira-kira 6.00 petang dan terus pergi makan di sebuah mesjid. Di mesjid ini ada mengajar budak-budak membaca AlQuran. Tak ramai pun budak-budak mengaji di sini. 



Pintu masuk masjid. Wanita muslim ini boleh cakap sepatah dua Bahasa Melayu. Dia belajar Melayu masa kelas Al Quran

Pandangan hadapan masjid

Tom yam, sayur campur, asam pedas ala Vietnam .Lepas makan penulis terus demam!. Tak sedap langsung!

Malam itu kami tidur di hotel An Tam bersebelahan dengan tempat membeli belah paling popular di Ho Chi Minh City iaitu Cho Ben Thanh Shopping Center









Esok paginya kami pergi ke satu pusat pelancongan yang merupakan pusat pelancongan di muara Sungai Mekong di selatan vietnam. Dalam perjalanan kita kira 1 jam penulis perhatikan ada sedikit keanihan bila terpandang perkuburan yang di bina di tengah sawah padi. Hampir setiap petak sawah ada sekurang-kurangnya satu kubur. 



  
Kubur di dalam sawah

Sepanjang jalan penulis lihat jalan masuk ke rumah-rumah di situ hanya ada laluan motosikal. Tak ada jalan yang boleh di masuki kereta. Negara sosialis Vietnam tidak menggalakkan rakyatnya menggunakan kereta atau mungkin tak mampu beli kereta. Sebab itu di bandaraya Ho Chi Minh hanya di penuhi motosikal. Kereta ada juga tapi tak banyak. Namun demikian walaupun kebanyakannya hanya memakai motor cup chai tapi orang mudanya bergaya sakan dengan pakaian berfesyen dan cermin mata hitamnya.  

Kami di bawa ke sebuah pulau yang di sebut Kelapa. Pulau ini dipenuhi pokok kelapa, kami di bawa melawat perusahaan membuat coklat kelapa. Seperti perusahaan IKS kat Malaysia.


Jeti menuju pulau-pulau di muara Sungai Mekong

Atas bot di muara Sungai Mekong


Rumah rakit di sungai mekong




Perusaan membuat coklat kelapa

Selepas itu kami dibawa ke pulau lain di sekitar muara Sungai Mekong. Menurut pemamdu pelancong sungai ini dalam nya 12 meter tetapi telah ditimbusi pasir hampir 6 meter. Pasir dari ulu sungai mekong (di Negeri Yunan China) di bawa arus melintasi Loas, Cambodia dan berkumpul di Vietnam. Di pulau ini kami di jamu dengan pelbagai buah-buahan (sebenarnya telah di bayar) disamping itu ada jualan buah-buahan dan cendera mata. Ada pula persembahan kebudayaan muzik tradisional Vietnam dan penari-penari wanita yang tak berapa cantik tetapi di cantikkan dengan mekup yang tebal!. Satu lagu Melayu / Indonesia  turut dinyanyikan oleh penyanyi iaitu lagu "Sijantung Hati". Muzik tradisional bergabung dengan suara yang tak fasih menjadikan lagu itu hancus!. Buah-buahan yang di hidangkan sama seperti yang ada di Malaysia.





Di pulau buah-buahan minum teh dan makan buah percuma
Penyanyi &penari kebudayaan sedang membuat persembahan
Dibelakang penulis seorang artis sedang menyanyi. Yang berbaju putih tu pula dah naik sheikh turut menari sama


Bergambar bersama ular kena bayar USD 5.00


Untuk balik ke bot yang menunggu di jeti. Kami di bawa menyusuri sungai menaiki perahu yang di dayung oleh penduduk tempatan. Sepanjang tebing sungai hanya kelihatan pokok nipah. Sebenarnya di Malaysia pun ada tempat-tempat yang macam ni. Tetapi bahagian pelancongan kita tidak begitu kreatif. Video di bawah menunjukkan perjalanan sepanjang sungai di dalam pulau itu. 



Balik dari delta mekong terus pergi makan di mesjid lain pula. Hidangan di Vietnam bagi penulis amat tidak menyelerakan berbanding di Cambodia.





Mesjid ini sangat kecil .Perhatikan mimbar tempat imam membaca khutbah

Selepas itu kami shopping di Cho Ben Thanh shoping center. Di sini banyak kain baju, alat-alat elektronik dan lain-lain  Kain telekung vietnam adalah yang paling popular di jual di sini. Penjualnya kebanyakkan orang Cham.
Orang Cham  adalah kelompok etnik di Asia Tenggara. Mereka berpusat antara wilayah Kampong Cham di Kemboja dan bahagian tengah Vietnam di kawasan Phan Rang-Thap ChamPhan ThiếtBandaraya Ho Chi Minh dan An Giang Kira-kira 4,000 orang Cham juga tinggal di Thailand; kebanyakan mereka berpindah kewilayah PattaniNarathiwatYala, dan Songkhla untuk berkerja. Orang Cham membentuk komuniti orang Islam  Kemboja dan Vietnam Cham adalah saki-baki dari Kerajaan Champa (kurun ke-7 hingga 15). Mereka berkait rapat dengan Orang Austronesia dan bertutur bahasa Cham, sebuah bahasa rumpun Melayu-Polinesia yang termasuk dalam keluarga Bahasa Austronesia.yang berasal dari Cambodia). 


Satu-satunya makanan yang sedap di Vietnam ialah Pulut Ayam yang di buat oleh keluarga Hussin. Berbeza dengan pulut ayam di tempat kita. 



-TAMAT-




No comments:

Post a Comment