Wednesday 13 November 2013

ARTIKAL 3


THAILAND

SELATAN THAILAND



Selatan Thailand suatu ketika dahulu adalah negeri-negeri Melayu yang di perintah oleh sultan-sultan Melayu. Kerana kelemahan pertahanan negeri-negeri Melayu itu telah di tawan oleh Siam. Kerajaan Siam pada masa itu sangat kuat dari segi ketenteraan lalu di jajahnya negeri-negeri Melayu itu sampai sekarang. Bermula dari Phuket di pantai barat hingga ke Pattani di pantai timur. Pada tahun 1909, dalam  perjanjian Anglo-Siames Treaty antara Siam dengan Empire British negeri-negeri itu diserahkan kepada Siam tanpa pengetahuan rakyat Tanah Melayu. Kesultanan Melayu hilang lenyap. Tungku Budriah bonda kepada Raja Perlis , YTM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulai ialah cucu kepada Sultan Pattani. Mungkin itu lah satu-satunya waris sultan-sultan Melayu Selatan Thai yang masih bertakhta. 

Selatan Thai di pantai timur ia itu Wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala tengah bergolak sekarang ini. Rasanya tak ramai orang yang hendak ke sana. Walaubagaimana pun wilayah Songkhla tetap menjadi tumpuan pelancong. Hat Nyai ( Padang Luas) merupakan bandar utama di Songkhla yang sering di kunjungi terutama nya dihujung minggu bagi rakyat Malaysia. Di sini masih stabil walaupun pernah sekali berlaku letupan bom di sebuah hotel   

  

Bangunan yang berwarna biru dibelakang penulis ialah Lee Garden Hotel yang pernah di letupkan oleh pejuang Melayu di Selatan Thai


Makanan halal banyak di sini. Tetapi gerai-gerai makanan agak kurang bersih. Barang-barang kulit, kasut dan pakaian hanganya agak murah 

 

UNDER CONSTRUCTION

Friday 8 November 2013

ARTIKAL 2

VIETNAM & CAMBODIA




Penerbangan dari KLIA ke Bandaraya HO CHIN MINH (dulu di kenalai sebagai SAIGON)  hanya kira-kira 2 jam. Kami di bawa oleh pemandu pelancong warga Vietnam bernama Hussin ke sebuah mesjid untuk makan tengah hari . Rombongan kami seramai 40 orang makan di situ. Makanan halal susah nak dapat di vietnam.


Setelah selesai urusan bagasi kami dibawa dengan bas ke sebuah masjid di mana keluarga Hussin tinggal dalam kawasan itu dan menyediakan makanan tengahari. 





makan nasi ayam ala vietnam




Selepas makan tengah hari kami naik bas terus ke Cambodia. Perjalanan ke sempadan Vietnam -Kemboja mengambil masa kira-kira 6 jam. Bila sampai ditempat cop passport kena bagi rasuah dekat pegawai imegresen upah cop passport ( RM 1.00) . Kalau tak bayar lambat chop!. Haprak punya pegawai. Baik di Thailand, Vietnam atau Cambodia semua pegawai imigresen makan rasuah!.





A = Bandaraya Ho Chi Minh
B = Sempadan Vietnam (Moc Bai) - Cambodia (Bavet)


Sepanjang perjalanan dari Ho Chi Minh ke Phnom Penh penulis perhatikan bentuk muka buminya sama seperti Malaysia. Jenis-jenis tumbuhan hampir 100% sama. Sawah padi , kebun getah dan ladang-ladang sayurannya sama.

Imigresen Vietnam di Moc Bai



Imigresen Cambodia di Bavet




A= sempadan vietnam - cambodia
B= Phnom Penh

Di Bavet tyerdapat sebuah kasino yang agak besar bernama Las Vagas Sun Hotel-Casino untuk menarik orang kaya Vietnam untuk berjudi di sana. 


Gelagat peminta sedekah di sebuah restoren semasa berhenti rehat di Cambodia

Sambung perjalanan ke Phnom Penh lagi 8 jam. Sebelum sampai ke Phnom Penh bas kami melintasi sungai mekong di Neak Loeang menggunakan feri. Oleh sebab malam maka tak nampak apa pun.  . Malam jam 10 baru sampai hotel.



Bernalam di Hotel New York. Yang bagusnya di hotel ini ada restoren Melayu namanya d'Wau Restaurant. Duduk dalam restoren ni macam duduk dalam restoran di Malaysia. Siaran TV di restoren ini ialah siaran TV Malaysia. 



Hussin warga vietnam (t-shirt putih) pernah belajar di Terengganu sekarang bekerja sebagai pemandu pelancong di Vietnam. Dia fasih berbahasa Melayu. Rakan Hussin Warga Vietnam (kiri sekali) boleh bercakap Melayu lambat-lambat . Katanya di belajar Melayu semasa kelas membaca al Quran. Di Vietnam  Al Quran diterjemah ke Bahasa Melayu  dahulu kemudian baru diterjemah ke Bahasa Vietnam. Dari situ dia belajar Melayu. Kanan sekali Anuar warga Cambodia sekarang belajar di Malaysia.Mereka bertiga dari etnik yang sama iaitu etnik Cham (Melayu Champa)


"Bersyukurlah orang Malaysia, Muslim di Vietnam amat tertekan. Kehidupan minoriti muslim di Vietnam sangat mencabar. Tak tahu muslim di sini boleh bertahan atau tidak, ramai anak muda yang dah hanyut. Ramai anak muda di sini sekarang berkawan dengan bukan muslim dan sudah pandai makan babi dan minum arak". Kata Hussin. 




Penulis perhatikan muslim di Bandaraya Ho Chi Minh kebanyakannya tinggal didalam kawasan mesjid dengan 4 atau 5 keluarga sahaja. Tiada perkampungan Muslim di sana. Kalau nak cari muslim cari di sekitar mesjid. 


Berbalik kita ke Cambodia. Setelah sarapan pagi di Restoren d'Wau rombongan kami terus ke KILLING FIELD.  Rencana khas tentangnya penulis titipkan di Rencana 1 di bawah


Central Market



Tempat paling popular di Phnom Phen ialah di Central Market. tempat ini sangat popular di dalam kalangan pelancong Malaysia. Kebanyakan peniaga di sini boleh bercakap Bahasa Melayu. Namun demikian penguasaan Bahasa Inggeris asas lebih banyak membantu. Ada peniaga cina dari Melaka membuka kedai menjual barang kemas . Katanya Dato Ali Rustam (bekas KM Melaka) pun pernah datang ke kedainya. Itu menunjukkan bahawa betapa ramainya rakyat Malaysia ke Cambodia.Mata wang Cambodia ialah Real. Benda pelik yang dijual di sini ialah lipas, labah-labah, belalang, Kala jengking, dan lain-lain serangga yang di goreng rangup!. Penulis cuba mangambil gambar penjual yang sedang mengoreng benda tu tetapi tidak di benarkan!. Mereka macam malu....



Di luar Central Market membeli pakaian dan barangan kulit


Gerai kain 



Penulis bersama salah seorang pemandu pelancong warga campuran Vietnam + Melayu Cham dihadapan Central Market


Di Cambodia banyak restoren Muslim. Kopi Radik keluaran Malaysia banyak terdapat di restoran-restoren di sana. Makanan ala-ala thai sama seperti di Malaysia. Tetapi tekak penulis memang tak boleh masuk. Tak sedap!. Sambalnya aduh....lagi tak sedap!. Tapi baik sikit daripada makanan Vietnam. Boleh juga lah telan. 

Hari jumaat kami bersenbahyang di sebuah masjid dipinggir bandar ramai Muslim Cham di sini. Semasa menunggu azan seorang jamaah menegur. "Dari Malaysia?". Kami meniyakan dan bersalam. "Saya dulu belajar di Perlis Malaysia, di MATRI". Katanya. Secara kebetulan kami pun rombongan dari Perlis. Lalu di khabarkannya bahawa dia mengajar agama di Mesjid itu, gajinya dibayar diatas ekhsan ibu bapa pelajar. Tiada peruntukan kewangan dari mana-mana pihak. Mesjid ini berkhutbah dalam Bahasa Khmer. Bahasa Khmer ialah bahasa rasmi .Walaupun para jemaahnya bertutur Bahasa Cham (Melayu Champa)   




 

Pada malam ke dua di Phnom Penh. Penulis pergi ke Night Market menaiki tut-tut. Pasar malam ini agak besar juga di mana ada pentas persembahan . Ada sedikit unik di sini iaitu di tengah-tengan gerai jualan makanan ada ruang lapang yang di bentangkan tikar . Pengunjung yang membeli makanan dan makan di atas tikar. Tiada meja. Peniagan di sini terutamanya yang menjual pakaian boleh bertutur Melayu. Rupa-rupanya ini lah juga peniaga yang berniaga di Central Market. Malam jual kat pasar malam, siang jual kat Central Market!.  

Satu gerai menjual CD cetak rompak telah penulis kunjungi tujuannya untuk membeli CD Killing Field seperti yang pernah penulis sebut dalam Artikal 1. Tiba-tiba penulis di tegur oleh penjual cd ."Malaysia?". Kata nya bila dia terdengar penulis dengan seorang rakan bercakap Melayu. Budak Cina penjual tu pun cerita lah yang dia berasal dari Pulau Pinang, menjual CD cetak rompak kat pasar malam sekitar Phnom Penh sejak 3 tahu lalu. Katanya busines CD kat Malaysia susah selalu kena serbu!. Jadi beralih angin ke Cambodia pulak. Besar sungguh link business cd rompak ni. Dia mengupah dua gadis Cambodia menjual cd kat situ. Tinggal anak bini kat Penang buka bisnes cd rompak di luar negara. Itu lah survival bangsa cina. Sanggup apa sahaja. Kita bagaimana?
    


Hamparan tikar menggantikan meja makan. 


Peniaga ini sempat belajar menyebut warna kain baju dalam Bahasa Melayu daripada  penulis



BALIK KE VIETNAM

Pagi esoknya selepas makan pagi di restoren d'wau kami bertolak balik ke Vietnam melalui jalan yang sama. Tiba di Neak Loeang menunggu feri kira-kira jam 10.pagi . 

Peniaga berjualan di terminal feri
Kenderaan menunggu feri menyeberangi sungai mekong. Kelihatan juga lori tangki Petronas 


Ini lah bentuk feri dan jeti yang menyeberangi Sungai Mekong

Penulis bersama seorang rakan di atas feri


Sampai di Ho Chi Ming City kira-kira 6.00 petang dan terus pergi makan di sebuah mesjid. Di mesjid ini ada mengajar budak-budak membaca AlQuran. Tak ramai pun budak-budak mengaji di sini. 



Pintu masuk masjid. Wanita muslim ini boleh cakap sepatah dua Bahasa Melayu. Dia belajar Melayu masa kelas Al Quran

Pandangan hadapan masjid

Tom yam, sayur campur, asam pedas ala Vietnam .Lepas makan penulis terus demam!. Tak sedap langsung!

Malam itu kami tidur di hotel An Tam bersebelahan dengan tempat membeli belah paling popular di Ho Chi Minh City iaitu Cho Ben Thanh Shopping Center









Esok paginya kami pergi ke satu pusat pelancongan yang merupakan pusat pelancongan di muara Sungai Mekong di selatan vietnam. Dalam perjalanan kita kira 1 jam penulis perhatikan ada sedikit keanihan bila terpandang perkuburan yang di bina di tengah sawah padi. Hampir setiap petak sawah ada sekurang-kurangnya satu kubur. 



  
Kubur di dalam sawah

Sepanjang jalan penulis lihat jalan masuk ke rumah-rumah di situ hanya ada laluan motosikal. Tak ada jalan yang boleh di masuki kereta. Negara sosialis Vietnam tidak menggalakkan rakyatnya menggunakan kereta atau mungkin tak mampu beli kereta. Sebab itu di bandaraya Ho Chi Minh hanya di penuhi motosikal. Kereta ada juga tapi tak banyak. Namun demikian walaupun kebanyakannya hanya memakai motor cup chai tapi orang mudanya bergaya sakan dengan pakaian berfesyen dan cermin mata hitamnya.  

Kami di bawa ke sebuah pulau yang di sebut Kelapa. Pulau ini dipenuhi pokok kelapa, kami di bawa melawat perusahaan membuat coklat kelapa. Seperti perusahaan IKS kat Malaysia.


Jeti menuju pulau-pulau di muara Sungai Mekong

Atas bot di muara Sungai Mekong


Rumah rakit di sungai mekong




Perusaan membuat coklat kelapa

Selepas itu kami dibawa ke pulau lain di sekitar muara Sungai Mekong. Menurut pemamdu pelancong sungai ini dalam nya 12 meter tetapi telah ditimbusi pasir hampir 6 meter. Pasir dari ulu sungai mekong (di Negeri Yunan China) di bawa arus melintasi Loas, Cambodia dan berkumpul di Vietnam. Di pulau ini kami di jamu dengan pelbagai buah-buahan (sebenarnya telah di bayar) disamping itu ada jualan buah-buahan dan cendera mata. Ada pula persembahan kebudayaan muzik tradisional Vietnam dan penari-penari wanita yang tak berapa cantik tetapi di cantikkan dengan mekup yang tebal!. Satu lagu Melayu / Indonesia  turut dinyanyikan oleh penyanyi iaitu lagu "Sijantung Hati". Muzik tradisional bergabung dengan suara yang tak fasih menjadikan lagu itu hancus!. Buah-buahan yang di hidangkan sama seperti yang ada di Malaysia.





Di pulau buah-buahan minum teh dan makan buah percuma
Penyanyi &penari kebudayaan sedang membuat persembahan
Dibelakang penulis seorang artis sedang menyanyi. Yang berbaju putih tu pula dah naik sheikh turut menari sama


Bergambar bersama ular kena bayar USD 5.00


Untuk balik ke bot yang menunggu di jeti. Kami di bawa menyusuri sungai menaiki perahu yang di dayung oleh penduduk tempatan. Sepanjang tebing sungai hanya kelihatan pokok nipah. Sebenarnya di Malaysia pun ada tempat-tempat yang macam ni. Tetapi bahagian pelancongan kita tidak begitu kreatif. Video di bawah menunjukkan perjalanan sepanjang sungai di dalam pulau itu. 



Balik dari delta mekong terus pergi makan di mesjid lain pula. Hidangan di Vietnam bagi penulis amat tidak menyelerakan berbanding di Cambodia.





Mesjid ini sangat kecil .Perhatikan mimbar tempat imam membaca khutbah

Selepas itu kami shopping di Cho Ben Thanh shoping center. Di sini banyak kain baju, alat-alat elektronik dan lain-lain  Kain telekung vietnam adalah yang paling popular di jual di sini. Penjualnya kebanyakkan orang Cham.
Orang Cham  adalah kelompok etnik di Asia Tenggara. Mereka berpusat antara wilayah Kampong Cham di Kemboja dan bahagian tengah Vietnam di kawasan Phan Rang-Thap ChamPhan ThiếtBandaraya Ho Chi Minh dan An Giang Kira-kira 4,000 orang Cham juga tinggal di Thailand; kebanyakan mereka berpindah kewilayah PattaniNarathiwatYala, dan Songkhla untuk berkerja. Orang Cham membentuk komuniti orang Islam  Kemboja dan Vietnam Cham adalah saki-baki dari Kerajaan Champa (kurun ke-7 hingga 15). Mereka berkait rapat dengan Orang Austronesia dan bertutur bahasa Cham, sebuah bahasa rumpun Melayu-Polinesia yang termasuk dalam keluarga Bahasa Austronesia.yang berasal dari Cambodia). 


Satu-satunya makanan yang sedap di Vietnam ialah Pulut Ayam yang di buat oleh keluarga Hussin. Berbeza dengan pulut ayam di tempat kita. 



-TAMAT-




Wednesday 6 November 2013

SALAM SEJAHTERA...

MARI KITA BICARA TENTANG KEMANUSIAAN...


ARTIKAL 1


KILLING FIELDS

Ketika  peperangan Vietnam menentang pencerobohan Amerika memuncak Raja Norodom Sihanouk pemerintah Negara Kampuchea, menunjukkan simpati kepada perjuangan komunis Vietnam. Perdana Menteri , General Lon Nol, telah merampas kuasa semasa Sihanouk melawat Beijing pada tahun 1970. Rampasan kuasa ini disokongan oleh Amerika Syarikat. Raja Norodom Sihanouk menyeru pengikutnya menjatuhkan kerajaan Lol Nol.
Dibawah pengaruh Vietnam wujud parti politik komunis yang menentang penguasaan asing di Kampuchea.   Khmer Rough atau Khmer Merah adalah nama yang diberikan oleh Raja  Norodom Sihanouk kepada parti komunis itu, yang kononnya memihak kepada Sihanouk dan akan mengembalikan  takhta kepadanya. Nama rasmi bagi parti ini ialah Communist Parti Of Kampuchia (CPK) yang mengambil alih kuasa memerintah Kampuchea pada 17 April 1975 setelah berjaya menghalau tentera Lol Nol. Tentera Khmer Rough masuk ke Phnom Penh dan disambut dengan tepukan gemuruh oleh penduduk bandar itu yang mahu Norodom Sihanouk kembali memerintah.
Selepas beberapa hari mengenggam kuasa pada 1975 Khmer Rough mengarahkan penduduk  bandar berhijrah ke luar bandar untuk bekerja disektor pertanian. Akibatnya 2 juta rakyat Kampuchea mati kerana penyakit , kekurangan makanan, tekanan kerja dan juga dibunuh semasa kerahan tenaga itu dilaksanakan.
CPK mewujudkan  Negara Demokratik Kampuchea pada tahun 1976 dan memerintah negara itu hingga Januari 1979. Pemimpin-pemimpin menamakan  diri mereka sebagai “Angkar” dan “Angker  Padevat” adalah pemimpin agung mereka. Tetapi tiada seorang pun orang luar  dari CPK tahu siapa pemimpin agung mereka itu.
Khmer Rough  melaksanakan  transformasi radikal fahaman Maoist dan Marxist-Leninist (ideologi komunis China dan ideologi komunis Rusia-Itali) pada ketika itu ke atas rakyat Kampuchea. Mereka mahu membawa rakyat Kampuchea kembali ke luar bandar, menghapuskan kelas-kelas dalam masyarakat ( tiada orang kaya dan tiada orang miskin dan tiada eksplotasi). 
Untuk melaksanakannya, Khmer Rough menolak penggunaan wang, pasaran bebas, persekolahan , hak milik  persendirian, pakaian asing, amalan agama dan kebudayaan. Oleh itu sekolah, mesjid, pagoda, gereja, university , kedai-kedai dan bangunan kerajaan telah ditutup atau di tukarkan menjadi penjara, bangsal kuda, kem pemulihan, and tempat menyimpan barang. Tidak ada pengangkutan awam, tidak ada harta persendirian, dan tiada hiburan selain daripada hiburan ala-ala revolusi.
Dibawah Democratic Kampuchea (DK) rakyat tidak dibenarkan ke luar daripada kawasan penempatan , tidak dibenarkan mengadakan apa-apa majlis atau perbincangan . Jika ada yang melangar peraturan mereka ini danggap musuh dan akan di tahan atau dihapuskan.  
Hubungan kekeluargaan juga berada dalam keadaan kritikal. Rakyat dilarang menunjukkan rasa simpati, jenaka atau belas kasihan kepada sesiapa pun termasuk ahli keluarga. Khmer Rough menyarankan rakyat Kampuchea mempercayai, taat, dan menghormati hanya kepada Angker Padevat yang harus dianggap sebagai ibu dan bapa malahan Tuhan kepada kepada semua orang.
Khmer rough mendakwa hanya “rakyat tulin” yang boleh membina revolusi seperti itu . Sebaik sahaja berkuasa mereka menahan dan membunuh ribuan askar,pegawai tentera, dan penjawat awam daripada kerajaan terdahulu  iaitu  Khmer Republik (Regim  pimpinan Marshal Lon Nol),yang didakwa Khmer Rough sebagai “rakyat tidak tulin”. Selepas tiga tahun memerintah mereka membunuh ratusan ribu cerdik pandai, penduduk bandar, kumpulan mioriti seperti Cham, Vietnam dan China serta askar-askar mereka sendiri yang dilihat cenderung untuk belot. Mereka di bawa ke Penjara dan disoal siasat . Penjara yang terkenal ialah S-21 yang terletak di selatan Phnom Penh.
Dibawah “rancangan empat tahun CPK 1976” Kampuchea  mensasarkan pengeluaran tiga tan beras se hektar diseluruh negara . Ini bererti rakyat kena melakukan kerja-kerja sawah 12 bulan setahun pada setiap daerah. Khmer Rough memaksa rakyat bekerja lebih daripada 12 jam sehari tanpa rehat dan makanan yang cukup. Sesiapa yang menentang dianggap “bukan rakyat tulin” dan mereka dihapuskan.
Pada tahun 1977 berlaku persengketaan diantara Kampuchea dengan Vietnam ,puluhan ribu rakyat dikerah untuk berperang dan beribu-ribu rakyat terbunuh. Pada bulan disember 1978 tentera Vietnam bersama The United Front For National Salvation of Kampuchea memerangi Khmer Rough dan menawan Phnom Penh pada 7 Januari 1979.
Pemimpin Khmer Rough lari ke sempadan Thailand dan membentuk markas mereka di dalam wilayah Thailand dimana diberi bantuan oleh Thailand dan China. Pengaruh Mereka masih kuat dalam kalangan penduduk disepanjang sempadan Kampuchea . PBB  mengundi untuk menghalang pergerakan menentang komunis termasuk Khmer Rough. Oleh itu maka DK kekal sebagai wakil Kampuchea dipertubuhan itu. Pada tahun 1982 Khmer Rough berunding dengan Putra Sihanouk untuk membentuk kerajaan campuran bersama pemimpin bukan komunis Son San. Pada masa yang sama di Phnom Penh, Vietnam membantu membentuk kerajaan baru yang bernama The People Republic of Kampuchea (PRK) pimpinan Heng Samarin.  
Akhirnya pengaruh Khmer Rough semakin berkurangan sehingga tahun 1999 Beberapa  pemimpin mereka telah menyerah diri atau di tahan  oleh kerajaan sekarang  iaitu The Royal Gorvement Of Cambodia (RGC) dan ada yang mati di dalam hutan termasuk Pol Pot. Dibawah pemerintahan DK hampir 2 juta orang mati disebabkan oleh penyakit , dipaksa bekerja dengan teruk dan juga dibunuh atas sebab-sebab politik .
Kematian 2 juta rakyat Kampuchea berpunca dari pelbagai sebab tetapi apa yang lebih menarik perhatian ialah  mati kerana dibunuh  Khmer Rough (kerana dianggap  musuh atau disyaki sebagai musuh) . Kisah trajis ini begitu masyhur dan telah  difilemkan.



The Killing Fields adalah sebuah filem drama British keluaran tahun 1984 tentang rejim komunis  Khmer Rouge di Kampuchea berdasarkan pengalaman dua wartawan :  Dith Pran (Cambodia) dan  Sydney Schanberg (Amerika),lakonan  Haing S. Ngor dan Sam Waterston . Kisah benar filem ini membuat penulis begitu terharu, sedih dan marah selepas menontonnya. Peristiwa berdarah sekitar tahun 1975 hingga 1979 itu sebenanya masih baharu, orang yang terlibat dalam tragedi itu ramai lagi yang masih hidup. Demikianlah sejarah ringkas Kampuchea moden.

Baru-baru ini penulis berkesempatan sampai ke tempat yang dikisahkan dalam filem tersebut. Apabila melihat dengan mata kepala sendiri kesannya lebih terasa berbanding menonton filem. Killing fields sebenarnya terletak di merata-rata tempat seluruh di seluruh Kampuchea sekarang di sebut “Cambodia”. Dicatatkan dalam buku A History Of  Democratic  Kampuchea (1975-1979) oleh Khamboly DY, terdapat melebihi 388 tempat killing fields  dan 19 733 kubur yang mengandungi antara 4 hingga 1000 mayat mangsa telah dijumpai di seluruh Cambodia. 

Bagi pelancong yang berkunjung ke Cambodia, Killing Fields yang paling popular ialah di Choeung Ek 15km sebelah tenggara Pnom Penh .Di situ didirikan  memorial yang bernama  Choeung Ek Genocidal Center .Asalnya tempat ini ialah kawasan perkuburan cina yang akhirnya menjadi kubur ribuan manusia yang di bunuh kejam oleh rejim Khmer Rough pimpinan Pol Pot. Adakah Pol Pot ini berperanan sebagai Angker  Padevat?. Atau Angker  Padevat itu hanya satu idol ciptaan mereka untuk mempengaruhi dan menguasai pemikiran rakyat? 


POL POT

Satu bangunan yang di kenali sebagai “Buddhist memorial stupa” didirikan di dalam kawasan itu untuk memperingati mangsa. Terdapat kira-kira 8000 tengkorak disusun bertingkat dipamirkan di dalam cermin .Pada tingkat bawah sekali dipamirkan pakaian mangsa dengan kesan darah yang masih kelihatan. Bau hapak tengkorak terhidu dari lubang cermin yang pecah . Bagaimana mereka di bunuh?




Penulis di hadapan stupa yang menempatkan tengkorak mangsa pembunuhan



Sebahagian daripada tengkorak mangsa Khmer Rough di dalam stupa





Pakaian mangsa yang dijumpai bersama rangka manusia dalam kubur besar di Killings Field yang di pamirkan didalam stupa




Kubur besar mangsa yang di gali .  Mangsa diikat tangan ke belakang dan di pukul kepala menggunakan besi atau kayu kemudian dihumban ke dalam lubang ini, disusuli dengan beberapa das tembakan 




Pokok dibelakang penulis ini menjadi saksi dimana bayi dan kanak-kanak di hempap ke batangnya hingga mati kemudian manyatnya dicampak ke dalam lubang (dihadaan penulis)






Di sini mangsa pembunuhan dijumpai tanpa kepala. Kepala mereka di gergaji dengan menggunakan pelepah kelapa laut 



Ini lah rupa pelepah kelapa laut berduri tajam seperti gergaji yang digunakan untuk menyembelih mangsa. Pokok kelapa laut ini tumbuh berhampiran kubur mangsa



Imbas kembali era kegelapan rakyat cambodia selama lebih kurang empat tahun bermula 17 April 1975  hingga 7 Januari 1979. Pol Pot,Setiausaha Parti Komunis merangkap Perdana Menteri Kampuchea pada masa itu telah cuba membawa perubahan drastik ke atas rakyat cembodia untuk menjadi komunis tulin berasaskan kehidupan pertanian. Rakyat di kampung-kampung yang di sebut “The old people”(rakyat lama) menerima prinsip ini kerana mereka biasa hidup susah dikawasan  pertanian semenjak awal lagi. Khmer Rough cuba mempraktikkan program transformasi Maoist dan Marxist-Leninist kepada semua rakyat Kampucheaa pada masa itu. Kehidupan yang cuba di bawa oleh komunis ialah hidup harmoni dan sama rata. Makan , pakai dan bersosial harus dalam acuan yang sama.Malah pakaian harian pun sama, iaitu uniform khas Khmer Rough.
Penduduk bandar dan pekan telah dibawa ke kampung-kampung untuk sama-sama berkerja dalam satu komuniti. Sesiapa yang engkar akan di bunuh. Beratus ribu orang diheret ke serata daerah dan kampug diseluruh Kampuchea untuk menerapkan nilai-nilai komunis . Bandar Phnom Penh di tinggalkan kosong,menjadi bandar hantu .Orang Bandar yang dibawa ke kampong  ini dikenali sebagai “The new people”(rakyat baru).
Rakyat baru ini menjadi duri dalam daging kepada regim Pol Pot  kerana mereka di syaki sepanjang masa sebagai petualang yang akan menjadi penentang rejim. Oleh itu maka dalam kalangan komuniti komunis itu wujud pengintip yang dikenali sebagai  “mata nenas” . Mengambil sempena buah nenas yang mempunyai banyak mata pada kulitnya ,seolah-olah banyak mata yang akan memerhatikan pola perlakuan setiap orang dalam komuniti komunis yang baru dibentuk itu .Pengintip ini tidak dikenali oleh sesiapapun dalam kalangan mereka sendiri. Rakan atau adik beradik mungkin menjadi salah seorang mata nenas itu. Oleh itu setiap gerak geri, pertuturan, pergaulan diperhatikan oleh mata nenas itu sepanjang masa. Kehidupan dalam kelompok ini membuatkan setiap individu tidak boleh mempercayai sesiapa pun. Mata nenas  akan melaporkan kepada “angkar” jika ada apa-apa maklumat.
Tidak semua orang faham ideologi komunis yang di bawa Khmer Rough. Mungkin juga tiada sesiapa yang ingin tahu tentang idea ahli falsafah German, Karl Marx  atau pengamal falsafah Mark, seperti  Mao Zedong di China dan   Vladimir Ilyich Lenin di Russia,  kecuali pemimpin –pemimpin Khmer Rough yang terpengaruh ajaran komunis sewaktu mereka belajar di luar negara seperti Pol Pot dan rakan-rakannya. Oleh itu rakyat diajar dari kosong. Dan tahun permulaan penerapan nilai itu di namakan  "Year Zero policy, a return to the agrarian ways of the past”. Khmer Rough merancang untuk membangunkan semula Negara Kampuchea mengikut acuan sendiri tanpa sedikitpun pengaruh luar . Empat tahun pertama ialah rancangan menambahkan hasil beras . Mereka gagal, Program ini membawa derita dan kematian ratusan ribu rakyat Kampuchea. 
Sebaik sahaja Khmer Rough menawan Phnom Penh sesiapa yang dianggap “rakyat tidak tulin”,  orang asing, orang yang boleh bertutur bahasa asing, orang yang memakai cermin mata (memakai cermin mata dianggap cerdik) bersama dengan  keluarga masing-masing ditangkap secara rambang dan diangkut ke penjara S-21 (Security office 21) atau dikenali sebagai Tuol Sleng Prison untuk disoal siasat . Nombor 21 ialah kod lokasi bahagian selatan Phnom Penh.

Bangunan ini asalnya ialah bangunan Chao Ponhea Yat High School yang dibina pada tahun 1962 . Berhampirannya ialah Boeng Keng Kang Primary School . Kedua-dua sekolah ini dijadikan Penjara S-21. Penjara ini sangat digeruni kerana ramai yang mati di seksa di sini ketika soal siasat atau dijatuhkan hukuman mati.   









Penjara S-21, bekas Chao Ponhea Yat High School sekarang dijadikan muzium yang di kenali sebagai Tuol Sleng Prison Musium


















Nasihat Dutch (Kaing Guek Eve) penguasa penjara itu, kepada Him Huy ketua skuad pembunuh di Choeung Ek  “kalau kamu mencabut rumput cabutlah akarnya sekali untuk menghalang ia tumbuh semula”. Nasihat ini membuatkan semua ahli keluarga tahanan termasuk ibu bapa dan kanak-kanak malah bayi yang tidak berdosa dibunuh. Dalam temubual dengan akhbar The New York Time pada Mac 2009 Him Huy, bekas ketua pengawal Choeung Ek  berkata “ Ya saya telah membunuh mereka. Saya bawa mereka dengan terak ke Choeung Ek . Saya telah sahkan senarai nama mereka yang dibawa ke sana. Tetapi Dutch yang mengarahkan saya melakukan semua itu. Saya terpaksa melakukannya untuk menyelamatkan nyawa saya sendiri”.

                                                            Dutch (Kaing Guek Eve)


“Kami juga adalah mangsa kepada Khmer Rouge. Saya tiada pilihan. Jika saya tidak membunuh mereka bermakna saya membunuh diri sendiri,” tambah Him Huy, sekarang berusia  54, yang menyaksikan pembunuhan ribuan mangsa Khmer Rouge. 






Him Huy

Him Huy mendakwa ramai rakan kolejnya serta staf penjara telah dibunuh tanpa sebab yang munasabah. Merujuk kepada buku tentang staf penjara yang di panggil Documentation Center of Cambodia , sejumlah 563 orang bekerja di S-21 . Tetapi satu pertiga daripadanya telah dibunuh semasa bekerja disitu.






Lakaran kekejaman Dutch dan Him Huy di Choeung Ek Killing Field 












Dibelakang penulis ialah tiang 
dan palang tempat aktiviti Pendidikan Jasmani yang di gunakan oleh rejim Khmer Rough untuk menyiksa tahanan










ALATAN UNTUK MENYIKSA TAHANAN




















Semasa soal siasat dijalankan beberapa soalan diajukan . Daripada jawapan soalan itu mereka mendapat maklumat sama ada seseorang itu memihak kepada Khmer Rough atau menentang mereka . Untuk itu beberapa kaedah penyiksaan dilakukan. Adakalanya tahanan terpaksa mengaku atau mereka-reka cerita palsu hingga melibatkan orang lain, yang mana orang yang tidak bersalah kadang-kadang turut diheret sama ke penjara. Dan akhirnya mati di siksa.

Alat-alat penyisaaan dan sel-sel tahanan yang sebenar dipertontonkan kepada pelawat di penjara S-21 yang kini dijadikan muzium. Penulis melihat beberapa orang yang kudung tangan dan yang kudung kaki berkeliaran di sekitar muzium meminta sedekah, Tetapi tidak pasti sama ada mereka ini bekas tahanan penjara S-21 atau hanya mengambil kesempatan daripada pengunjung yang melawat muzium itu.  


KEKEJAMAN DI PENJARA S21(Tuol Sleng Prison)











Berbalik kita kepada sejarah Negara kita Malaysia. Selepas Jepun menyerah kalah MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) yang di kuasai komunis telah mengambil alih Negara selama 14 hari sebelum British datang semula. Di ceritakan bahawa pada ketika itu komunis bermaharaja lela dengan membunuh tali barut Jepun dengan pelbagai cara yang juga dianggap kejam dan tidak berperikemanusian. Sekiranya komunis berjaya menguasai bumi Malaysia tercinta ini ada kemungkinan peristiwa yang pernah berlaku di Cambodia itu akan turut berlaku di Malaysia. Kemungkinan ini ada logiknya kerana komunis Khmer Rough adalah dibawah pengaruh Mao Zedong Di ketahui umum bahawa komunis Malaya juga kuat bergantung kepada komunis China. Jadi tidak mustahil kaedah penerapan nilai-nilai komunisme seperti yang di lakukan oleh Khmer Rough kepada rakyat Kampuchea dilaksanakan di Malaysia kerana setiausah agungnya Chin Peng di pelihara dengan begitu baik oleh Komunis China. Oleh itu pengikut sebuah parti pembangkang di Malaysia yang cenderung menyokong komunis diharap berfikir banyak kali sebelum nasi menjadi bubur.

Jika ada kesempatan pergilah melawat ke sana . Anda akan dapat merasa sendiri suasana yang lebih mengharukan berbanding  membaca artikel ini.  





-TAMAT-












.